Total Pageviews

Saturday, April 30, 2011

Hati yang telah kehilanganmu selamanya.

Kini dirimu tiada lagi disisiku. Dirimu tidak seperti dulu lagi. Ku menyesal kerana melepaskan dirimu pergi. Diri ini berpura-pura gembira dan riang walaupun sebenarnya hati ini sedang berduka. Untuk pengetahuanmu,kepura-puraan tersebut adalah kerana ingin dirimu melupakan diriku dan mencari yang lain. Dan akhirnya kini dirimu telah pun dimiliki dan ku lihat dirimu bahagia disampingnya. Dirimu sering menceritakan betapa bahagia antara dirimu dan dia tanpa mengetahui betapa terluka hatiku ini. Diriku ini berasa sungguh tersentap dan terguris tetapi diriku tetap lagi berada didepanmu dan tidak membiarkan perasaanku terdedah kepadamu tentang betapa terlukanya diriku terasa. Ku tak ingin menjadi seorang yg pentingkan diri sendiri hanya kerana kecemburuanku melihatmu bahagia disisinya. Ianya adalah keputusanku untuk melepaskan dirimu pergi walaupun kita masih mempunyai peluang untuk bersama tetapi ku membiarkan dirimu memilih yang lain. Ku tahu hatimu terluka dengan keputusanku ini,tetapi ku lebih rela melukakan diriku daripada melihat dirimu terluka lebih lagi. Kini ku menyesal. Ku rindukan mu. Ku rindu disaat dirimu mengambil berat tentang diriku apabila ku kesedihan. Ku rindu apabila ku amat perlukan mu dan dirimu lantas segera berada disisiku. Dirimu sentiasa ada disisiku apabila ku perlukanmu. Terapi kini tiada lagi kerana semuanya telah berpaling arah. Kini segalanya hanyalah untuk dia yang telah memilikimu. Diriku tiada lagi dihatimu,tetapi ku ingin dirimu mengerti bahawa dirimu sentiasa dihatiku. Selamanya sehingga ajal ku tiba. KU SAYANG KAMU. Setulus hatiku.

No comments:

Post a Comment