Total Pageviews
Saturday, April 30, 2011
Kawan sejati.
Kawan selalu ada pada masa kita gembira dan senang. Kawan selalu ada pada masa kita ketawa. Tetapi,pada saat kita sedih,kesunyian,kesusahan dan memerlukan seseorang untuk berbicara,ada tak kawan yang sanggup menemani kita ketika itu? Kalau ada,bermaksud itulah kawan yang sejati. Jika tidak,dia bukanlah seorang kawan yang sejati dan niatnya adalah tidak ikhlas untuk berteman dengan kita Jadi kita haruslah berwaspada sentiasa,jangan lah hanya memilih seseorang hanya kerana paras rupa dan kepopularannya mahupun statusnya. Kekayaan juga adalah tidak penting dalam mencari kawan sejati. Ianya hanya akan menunjukkan diri kita yang tamak dan hanya menginginkan wang semata-mata. Jadi lah diri kita sendiri apabila ingin mencari kawan supaya tiada kepura-puraan dan lakonan antara satu sama lain. Akhir kata,"Fikirkanlah tentang semua kawan,yang telah kita temukan sepanjang jalan,mereka semua yang telah membantu kita,menjadi seseorang yang kita telah jadi sehingga hari ini."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment